Thursday, 22 December 2016

Resepi sup daging yang mudah.

Haritu entah la macam mana rasa nak makan sup.Sebenarnya teringat sup yang Mak cik khai selalu buat.

Cik khai masak sup memang tak pernah ,kalau masak lain tu boleh cuba lah.Pelik jugak nak buat sup tak boleh figure langsung nak masuk kan bahan ape..hehe.

So petang tu wassap la dekat group family mintak resepi.Kalau cik khai mintak ,mesti resepi yang simple sangat tapi hasil die memang sedap,kenyang la perut..Ape yang lagi penting kena dengan tekak.


Okeh meh la kita kongsi kan resepi mudah tu.bahan-bahan pon memang sikit je sebab faham-faham la rumah bujang kan,takdenye nak simpan atau nak beli barang basah banyak. Takut  termasuk tong sampah  je.kan dah pembaziran..huhu

Bahan-bahan :
Air
Daging -ikut byk mana korang nak.
Ubi Kentang-sebiji
Lobak merah-sebiji
Tomato -sebiji
1/4 kiub ikan bilis

Bahan menumis:
Minyak -2sudu
Bawang putih 3ulas
Bawang merah 2biji
Bunga Cengkih 1-2 biji
Bunga lawang -1 biji(kalau tak suka boleh letak separuh je)
Halia -2hirisan nipis


Cara -cara :
1-Masukan air & daging rebus sampai empuk.Masuk kan jugak 1ulas bawang putih ,sedikit halia yang dipecahkan.(kalau korang tak nak masukan masa reneh daging pon takpe,cik khai masukan untuk bau yang sedap)

2-Apabila daging dah separuh masak masukan ubi kentang dan lobak merah  yang telah dipotong.Biarkan seketika.

3-Dalam kuali yang lain panas kan minyak untuk menumis.minyak sikit je tau ,jangan banyak sangat kang nanti terlalu berminyak pulak sup kita.

3-Apabila minyak sudah panas just masukan hirisan bawang merah,bawang putih,halia,cengkih dan bunga lawang ke dalam kuali.Tumis sehingga nampak keperangan .Masa ni bahan tumisan akan berbau harum.

4-Selepas bahan tumisan dah keperangan tutup api dan masuk kan ke dalam periuk sup tadi. then kacau la sup tadi.

5-Masukan tomato,kalau nak tambah bawang besar pon boleh ,hiris kasar.Haritu cik khai buat terlupa nak masukan.hehe

6-Check la daging dah empuk ke,kentang dan lobak merah dah masak ke tak.tekan je kalau dah lembut ,masak la tu.

7-Semua dah siap just hidangkan.


Okay by the way selamat  mencuba.Bagi cik khai  masakan adalah satu seni.Setiap orang ade cara masak  yang tersendiri walau dari bahan-bahan yang sama.Cik khai sangat suka makanan sebab tu lah setiap kali reward akan terfikir makanan dulu berbanding dengan benda lain.hehe.

Ok ,korang cuba tau!salam sayang untuk korang.muah muah!😂

Stay humble be healthy
Cik khai

0 comments:

Post a Comment