Tuesday 26 May 2020

PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK PERTAMA.

Harini tetiba teringat cerita  pengalaman kelahiran anak pertama hujung 2018.Pengalaman pertama menjadi ibu sudah tentu tak banyak yang cik khai boleh expect cuma harap semuanya baik-baik.


Tidak pernah terlintas nak bersalin secara czer tapi apakan daya,air ketuban dah leaking tapi laluan baby keluar belum ada bukaan dan dalam masa yang sama sakit contraction sudah terasa malah kurang dari 5 minit.means sepatutnya dah tak lama dah tapi apakan daya its not like what we do expect...bukaan tetap takde selepas lebih 24 jam tunggu.Untuk information anda ,air ketuban tu bukan pecah di pintu  tapi  its some where of membran (kantung baby).Pening jugak kepala doktor..cik khai yang memang tak tau pape lagi la tak tau nak komen ape..just follow the guts and doctors instruction..Ofkos doa nonstop for baby.Its will be fine.


Disebabkan air ketuban yang dah leaking lebih dari 24 jam ,doktor pakar terus jadikan kes cik khai sebagai emergency czer sebab takut baby akan dapat jangkitan kuman sebab air ketuban leaking tetapi hakikatnya cik khai masih sihat dan mampu berjalan kesana sini.Memang saat tu just doa hopefully something good happen.


Petang sempat call mak pakej menangis ...haha..cenggeng jugak la cik khai ni...sempat borak,sempat bagitau mak semua apa yang doktor bagitau tadi...Pesan mak ,takpe ikut je apakata doktor ..Insha allah semua baik-baik tapi cik khai tau mak dah risau sebab ini firstime someone in my family yang bersalin czer.Sambil cakap phone dengan mak ,husband dah usap-usap belakang...i know he also have nothing to say.



Hari jumaat ,petang saya  secara emergency di tolak ke bilik bedah.sepatutnya pukul 11malam tapi sebab bilik bedah kosong pukul 7.25petang(kalau tak silap) dah nak kena masuk... masa tu semua rasa ada  but alhamdullillah  dalam pukul 7.59 malam lahirlah Bais Arham ,my first baby. berat 3.4kg.





Insha Allah jika diberi kekuatan saya akan kongsikan kronologi penuh kelahiran anak in..pada saya sangat istimewa dan sukar untuk saya lupakan.Diberi peluang melahirkan secara czer adalah pengalaman yang sangat berharga.



Sebelum saya akhiri post ini ,biar saya titip sedikit doa dan harapan buat anak ini,moga pabila besar kelak ,dah pandai baca mami mohon Bais bacanya ya.Ketahui lah anak mami sangattt sayang awak.

Didoakan Bais Arham akan menjadi permata agama,menjadi orang yang soleh sentiasa merendahkan diri,sentiasa menjaga solat dan paling penting jadilah manusia yang terbaik didunia,moga allah permudahkan mu wahai anakku.Amin ya rabb.


......................................................................................................................................................

Pesanan saya pada semua ibu terutama sekali yang sedang hamil jaga pemakanan ..pada hemat saya pengambilan supplemen bagi wanita mengandung sangat penting supaya kita lebih cergas.Terbaik pengambilan supplemen di ambil dari mula perancangan untuk kehamilan sebagai  salah satu persediaan .

0 comments:

Post a Comment