Tuesday 31 May 2016

APAKAH GLISEMIX INDEX ?

 Glisemix index (GI) adalah di mana kadar kelajuan gula dalam darah selepas makan sesuatu makanan.Tahap Glisemix index adalah sangat bagus untuk kita tahu dan faham kerana ia memberi panduan untuk kita mengekalkan tahap gula dalam darah supaya lebih stabil  terutamanya mereka,penghidap  kencing manis.

Glisemix index telah diperkenalkan pada tahun 1981  oleh seorang saintis yang bernama  Dr. Jenkins.Beliau menerangkan konsep Glisemix index dalam American Journal of clinic nutrition sebagai panduan untuk membolehkan  individu tersebut mengekalkan kadar gula  dalam darah yang stabil dalam tubuh kita.Menurut Dr Jenkins ,beliau mengklasifikasikan karbohidrat menerusi bagaimana ia bertindak balas dengan tubuh manusia.


Sebenarnya glisemix index adalah lebih tepat untuk kita faham bahawa ia adalah kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasan tubuh bertindak balas  menjadi glukosa dalam darah.Glisemix index menunjukan dari  skala 0 sehingga 100 mengikut kadar bertindak balas makanan yang di makan dengan  masa yang diambil untuk ia bertindak balas.

Makanan yang rendah glisemix index adalah makanan yang terbaik memandangkan ia akan mengambil masa yang lama untuk melepaskan glukosa dalam darah.Makanan ini  mungkin boleh di panggil sebagai karohidrat baik.Hal ini berbeza bagi  makanan yang tinggi glisemix index kerana ia akan menyebabkan glukosa cepat dilepaskan dalam darah dan ia mungkin boleh di panggil sebagai karbohidrat jahat.Hal ini kerana semakin cepat makanan yang di makan di lepaskan sebagai glukosa ,ia kan menyebabkan kita menjadi lebih cepat lapar dan menyebabkan tahap glukosa dalam tubuh kita akan meningkat secara mendadak, Hal ini akan memberi kesan buruk pada tubuh kita ,lagi-lagi bagi mereka yang kencing manis.


Makanan yang dikaitkan dengan Glisemix index yang rendah berupaya atau dikaitkan dengan mempunyai tahap insulin yang rendah di mana ia sangat membantu untuk pembakaran lemak yang lebih cepat dan menyebabkan  ia kurang di simpan dilam tubuh.Mungkin boleh dianggap sebagai pembakaran lemak yang lebih lengkap dan tubuh kita pon kurang menyimpan lemak jahat .Hal ini sangat berbeza dengan makanan yang berGlisemix index tinggi kerana ia akan menyebabkan makanan akan cepat ditukarkan kepada glukosa  dan seterusnya  peningkatan tahap  insulin.


Glukosa yang meningkat pesat atau mendadak akan memberi kesan tidak baik pada tubuh.Jenis makanan ini akan pada jangka masa panjang ia akan  membawa pada peningkatan lemak ,tekanan darah dan lain -lain kesan buruk.Jadi saya kira pengetahuan tentang nilai Glisemix index ini akan membantu kita untuk lebih berhati-hati ketika memilih makanan ,lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik dan mereka yang sedang ingin menurunkan berat badan. Pengetahuan ini juga dapat mencegah kita dari sakit jantung,kolestrol tinggi,obesiti dan kencing manis atau diebetis.


Insha allah entry ini akan bersambung lagi kerana saya kira masih banyak lagi yang boleh kita kongsikan berkaitan Glisemix index.




Sebelum saya akhiri entry hari ni,di sini saya ingin mecadangkan ESP atau energizing soy powder  kerana ia adalah makanan contoh yang rendah glisemix index iaitu hanya 39 .

**untuk mempelbagaikan resepi ESP boleh klik di MY RESEPI  ESP
**untuk mengetahui siapa yang perlukan ESP sila klik disini.



Ingin mencuba produk shaklee ?

sebarang pertanyaan/dapatkan produk

call/sms/wassap:0136281843
Email:sihatforall@gmail.com




Posted in

0 comments:

Post a Comment